//Stereo Heart

Just an Ordinary Teenage
I'm just post what I feel, what I want to share to my sweet stalker and I just post from my heart. Be yourself and take it easy. I'm not perfect and I am who I am. Always smile even I'm not happy :'D


Blod Underline strike

The Owner


HELLO FELLAS Just call me Fatin. I'm sweet fourteen, I'm from Hulu Langat, Selangor.

FOLLOW Dashboard










Flying back







Assalamualaikum, harini aku nak kongsikan ciri-ciri menjadi pelajar cemerlang. Actually, copy dari satu blog tapi tak ingat blog mana ((sorry, nnti saya creditkan dekat awak ye pemilik blog)) Aku bukanlah jenis yang bijak ke apa, rajin? lagi lah jauh bara dari api hahahahahaha. Tapi lepas aku baca artikel blog tu, rasa dia pergh semangat tau ((sekarang pun rasa semangat lagi, "KONONNYA")) tak kisahlah semangat ke tak bukan orang nak ambil tahu pun hahahaha so aku nak share dekat korang ciri-ciri pelajar cemerlang ((kira panduanlah untuk orang mcm aku ni bangkit balik, sebab result final exam f4 aku teruk, aku rasalah)) so, lets get start the day dengan azam baru!! Yeah! 

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1.Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a. kita ingat 10% apa yang dibaca
b. kita ingat 20% apa yang didengar
c. kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
6. pastikan cahaya adalah terang
7. kurangkan gangguan bunyi
8. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
9. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
10. kerusi dan meja menghadap kiblat
11. jangan lupa untuk senyum
12. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
13. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
14. Tahu teknik merangsang memori:
15. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
16. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
17. mengingat kembali (recall)
18. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
19. Sentiasa awal dan mendahului:
20. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif  pada guru.
21. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
22. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
23. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
24. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
25.. Mempunyai teknik membaca yang betul:
26. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
27. memberikan tumpuan sepenuhnya
28. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
29. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
28. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
29. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan  sebelum menghadapi peperiksaan.
30. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
31. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
32. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagamanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air  panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
33. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
34. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
35. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
36. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
37. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
38. Tahu petua mengulang kaji:
39. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
40. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
41. duduk tegak dikerusi yang selesa
42. baca doa penerang hati
43. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
44. fikir dan ingat kembali isi utama
45. catat/lakar
46. semak semula ketepatan maklumat
47. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
48. buat rumusan
49. jawab soalan
50. tampal maklumat yang rumit di dinding
51. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
52. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
53. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
54. jangan makan kepala ikan
55. jangan makan organ dalaman
56. jangan minum semasa makan
57. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
58. jangan melihat kemaluan
59. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
60. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
61. banyakkan makan kekacang
62. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
63. jangan makan sehingga terlalu kenyang
64. jangan kencing berdiri
65. Tahu kemahiran mengingat:
a. tampal nota-nota penting di dinding
b. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c. gunakan kaedah akronim
d. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
66. Cekap mengatur jadual belajar:
a. mempunyai jadual belajar
b. patuh kepada jadual
c. buat jadual yang boleh diikuti
d. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
67. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
68. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan  topik untuk belajar.
69. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
70. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
71. Pelbagaikan tempat belajar.
72. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
73. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
74. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
75. Taat kepada Allah
76. mendirikan sembahyang
77. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
78. Menghormati & sayangi guru
79. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
80. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
81. membantu rakan yang memerlukan
82. berdoa dan bersyukur kepada Allah
83. sentiasa bertawakal
84. mahir dalam setiap mata pelajaran
85. Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah  lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.

Okay, itu antara benda yang aku copy dekat blog tu tapi pokok pangkalnya diri kita sendiri kan? Fizikal&mental mesti "tough"&konsisten, barulah boleh jadi pelajar yang cemerlang akademik dsb!